Asas Segala Asas Bisnes Ialah?

Apa Itu Maksud Perniagaan Bisnes
Apabila asas kita kukuh,
besar sebesar manapun masih lagi teguh.
Memahami...

Maksud bisnes.

Kenapa ia penting?

Sebabnya ialah:
  1. 1. Untuk elakkan masalah ada produk/servis yang bagus tetapi kita jual kepada orang yang salah. Maksudnya bakal pelanggan tidak mampu, perlu atau mahu produk yang kita jual.
  2. 2. Tawaran yang biasa-biasa, tetapi pelanggan sudah tepat. Ibarat, kita berniaga nasi lemak dan pesaing kita juga jual makanan yang sama, lalu bagaimana pelanggan nak pilih tawaran yang betul-betul bagus?

Definisi Bisnes

Bisnes ialah proses jual beli.

Yakni, proses tukaran nilai.

RM 5 untuk sebungkus nasi ayam bakar.

RM 10 untuk sehelai tudung.

Dan seterusnya.

Nampak? Nilai dengan nilai. Nilai duit tukar dengan nilai produk atau servis.

Faham lagi dalam: Pelanggan tak beli produk atau servis. TETAPI > Mereka beli APA produk/servis kita lakukan.

Dalam bahasa mudah: apa manfaatnya?

Contoh:

Orang tak beli nasi ayam bakar semata-mata sebab nak buat hiasan.

Ia untuk dimakan. Lebih dalam lagi > Makanan yang panas lagi lazat untuk dimakan.

Kita tengok contoh lain pula:

Orang tak beli basikal sebab buat hiasan, namun untuk kesihatan, senaman. Lebih dalam lagi > Untuk kurangkan berat badan.

Bila kita lihat sesuatu produk atau servis yang kita jual. Jangan lihat sekadar apakah cirinya.

Lihat apa manfaatnya secara mendalam yang mungkin. Oleh kerana itulah sebab UTAMA kenapa orang membeli.

Dan harga bukan menjadi masalah, sekiranya pelanggan nampak nilai produk/servis yang kita jual, lebih bernilai daripada wang yang perlu dilaburkan.

Cara Atasi Masalah Ada Produk Bagus Tetapi Pelanggan Salah.

Kenalpasti siapa sebenarnya pelanggan yang betul-betul sesuai dengan produk yang kita jual.

Apakah ciri pelanggan yang sesuai?
  • Mahukan/perlukan produk yang kita jual.
  • Berkemampuan.
  • Terdesak: Maksudnya pelanggan perlukan penyelesaian segera. (Contoh: Nak kurangkan berat badan dalam minggu ini sebab hujung minggu nak bersanding.)

Ciri yang ke-3 itu sekadar syarat tambahan.

Bila kita dah kenalpasti siapa pelanggan yang sesuai.

Terus jual kepada mereka menggunakan saluran (channel) yang sesuai.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, kalau kita tak tahu siapakah pelanggan ideal kita.

Ada 3 cara untuk mengenal pasti siapakah mereka:
  1. Buat je dulu > Dulu saya buat bisnes, semua orang adalah pelanggan saya. Tapi, lama-kelamaan saya semakin jelas. Siapakah yang benar-benar perlukan servis saya lalu terus jual kepada golongan pelanggan khas ini sahaja.
  2. Mengagak > Mengagak dengan tepat siapa pelanggan ideal kita dan uji (validate) sama ada andaian kita betul atau salah.
  3. Belajar daripada pengalaman bisnes lain > Jika anda seorang ejen jualan. Kita boleh belajar daripada ejen yang sudah terbukti berjaya dan ambil maklumat siapakah pelanggan ideal mereka. Dalam bahasa mudah, spy pesaing.

Cara Atas Masalah Tawaran Biasa-Biasa Tetapi Pelanggan Ideal Sudah Ada

Masalah ini berlaku sebab semuanya pesaing kita jual produk yang sama, tawaran pun lebih kurang sama kepada orang yang sama.

Jadi, bagaimana pelanggan mahu pilih yang manakah tawaran yang lebih sesuai untuk mereka?

Penyelesaiannya,

Buatkan tawaran kita unik > Lain daripada lain (USP = Unique Selling Proposition).

Tak susah mana pun sebenarnya.

Dan tonjolkan keunikan produk/servis kita.

Unikkan produk kita dari segi:
  • Risk-reversal (jaminan).
  • Masa penghataran.
  • Tukar tawaran kita dari produk berbayar ke produk percuma dahulu, selepas itu baru tawarkan yang berbayar.
  • Nama produk/servis > Contoh burger Bakar, ais krim pasu dan sebagainya.
  • Kualiti.
  • Kuantiti.

Pilih satu keunikan sahaja. Sebab mudah ingat. Macam burger Bakar.

Daripada Penulis

Bila kita lihat, bisnes ialah proses tukaran nilai.

Lagi banyak nilai yang kita beri, bermakna lagi banyak nillai yang kita terima. Betul? Betul?

Tukaran nilai berlaku sekiranya ada peniaga yang sudi menjual (memberi) dan ada pelanggan yang sudi membeli.

Dan bisnes berkembang sebab nilai.

Maksudnya, andai kita menjadi setiap aspek bisnes kita bernilai kepada pelanggan maka bisnes kita semakin berkembang.

Dari aspek produk, servis, komunikasi dan banyak lagi.

Sehinggakan pelanggan tidak boleh hidup tanpa kewujudan bisnes kita.

Maka di saat itulah kita berjaya mencipta:

"Customer for life."

~ Have fun. :)